BUKIT MERTAJAM, 22 Oktober - Subsidi bersasar melibatkan barangan dan perkhidmatan yang bakal dilaksanakan kerajaan menerusi Belanjawan 2024 merupakan langkah tepat.
Timbalan Menteri Kewangan ll, Steven Sim Chee Keong berkata ini dapat mengelakkan ketirisan sekaligus memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.
"Kita hendak pastikan wang untuk subsidi digunakan di tempat yang betul, kalau rakyat golongan yang memerlukan tak kirala B40 atau M40 jadi kita laksanakan subsidi bersasar wang akan dijimatkan daripada subsidi bersasar ini sebab kaedah subsidi bersasar ini kita tidak akan membebankan 90 peratus rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kampung Siaga 221 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Kampung Bukit Teh, di sini.
Tambah Sim, hasil penjimatan itu kemudian dapat disalurkan semula termasuk menaik taraf sekolah dan hospital.