KUALA LUMPUR, 22 Oktober- UMNO akan terus menjadi parti yang mempertahankan falsafah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu diterjemahkan dalam inisiatif-inisiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan antaranya mewujudkan Pra Tahfiz Kemas, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz dan TVET Wanita.
Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah adalah hasil cetusan idea UMNO untuk memperkasa pendidikan Islam dan membantu perkembangan ekonomi dan kerjaya wanita.
"Terkini, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang saya pengerusikan akan menjadi medan untuk kita sama-sama berdiskusi demi mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.
"Moga usaha dan ikhtiar ini dapat disampaikan ke peringkat akar umbi sebagai satu menifestasi iltizam dan komitmen UMNO untuk memperkasa agenda Melayu," katanya dalam satu hantaran di facebook.
Ahmad Zahid turut menekankan penyatuan sebagai kunci kekuatan selain semangat kekitaan dan sepasukan merupakan ramuan penting untuk kita perhebatkan UMNO agar kembali kuat dan dapat menarik keyakinan rakyat.
(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)