fb fb fb fb fb

Warga emas maut dilanggar motosikal

Foto RTM

KLUANG, 20 April - Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar penunggang motosikal di Kilometer 59, Jalan Yong Peng-Kluang, pada pukul 8.30 malam semalam (Jumaat).

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, mangsa, Jamaliah Ismail, 63 tahun maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, penunggang motosikal, Mohamad Hazim Sumain, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Paloh menuju Batu 4.
 
Semasa berada di laluan itu, mangsa tiba-tiba muncul menyebabkan Hazim cuba mengelak namun hilang kawalan dan menyebabkan pelanggaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD