fb fb fb fb fb

Warga emas hilang selepas keluar rumah

FOTO BOMBA PERAK

SUNGAI SIPUT, 28 Oktober- Seorang lelaki dipercayai hilang di Kampung Saseh Pos Perwor, semalam.

Mangsa, Ali Pandak 68 tahun, telah dikhuatiri hilang selepas anaknya tidak dapat mengesan mangsa di sekitar kampung berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba telah memecahkan kepada dua kumpulan dengan operasi pencarian sejauh 4 km.
 
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan kekuatan anggota  seramai 34 orang termasuk anggota bomba, polis dan orang awam.  

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE