fb fb fb fb fb

Skuad waja komited bantu banteras isu keganasan wanita

FOTO HIASAN

SELANGOR, 28 Oktober - Kes keganasan rumah tangga bagi seluruh negara mencatatkan peningkatan kes sebanyak 22,908 kes sejak tahun 2020 hingga Ogos 2023, dengan Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu 4,690 kes untuk tempoh sama.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan berkata, "bagi tahun ini pula, sehingga Ogos 2023, sebanyak 3,640 kes telah dicatatkan Negeri Selangor merupakan negeri tertinggi.

"Terdapat peningkatan kes yang tinggi pada tahun 2021 iaitu sebanyak 7,468 kes berbanding pada tahun 2020 yang mencatatkan sebanyak 5,260 kes.

"Manakala bagi tahun 2022, jumlah kes keganasan rumah tangga masih lagi tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,540 kes," menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)."

Sementara itu, Program Semarak Skuad WAJA 2023 Negeri Selangor diadakan hari ini bagi menyebar luas pelaksanaan dan peranan Skuad Waja kepada pemimpin komuniti di peringkat negeri Selangor.

Program dirasmikan Timbalan Menteri KPWKM Datuk Aiman Athirah Sabu.

Skuad WAJA bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mensasarkan penglibatan ketua-ketua komuniti di Selangor yang akan diberikan pendedahan berkaitan pelaksanaan dan peranan ahli Skuad Waja yang telah dilatih dalam komuniti.

"Sebanyak 1,012 program psikososial Skuad WAJA telah dijalankan dalam komuniti di seluruh negara yang melibatkan seramai 72,942 orang yang telah berjaya disantuni.

"Manakala, daripada jumlah tersebut, sebanyak 104 program psikososial telah dijalankan dengan melibatkan 12,506 orang yang berjaya disantuni bagi di negeri Selangor.

'Pelaksanaan program Skuad WAJA ini telah mewujudkan sinergi yang baik antara pihak kerajaan dan komuniti dalam menangani isu keganasan terhadap wanita," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF