fb fb fb fb fb

Projek sakit, KPKT berjaya selesai 17 daripada 24 projek

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Sebanyak 17 daripada 24 projek sakit di bawah pemantauan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya dipulihkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pihaknya akan terus berusaha untuk memastikan tiada lagi projek yang terbengkalai dilapor.

"Setakat Ogos tahun ini, KPKT berjaya menyelamatkan 256 projek bernilai RM23.37 bilion dan seramai 28,863 orang pembeli telah berjaya kita selamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ekspo Perumahan Hartanah Malaysia (MAPEX) 2023 pada Jumaat.

Sementara itu, Kor Ming berkata sebanyak 9,500 unit rumah mampu milik dijangka siap di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) tahun ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN