fb fb fb fb fb

Warga emas hilang di Sri Aman belum ditemui

FOTO JBPM SARAWAK

SRI AMAN, 6 Oktober - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang wanita warga emas, Tumbu Landa, 67 tahun, yang dilaporkan hilang di Rumah Rengkang, Lepong Empeliau Ulu, masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, operasi SAR yang memasuki hari keenam hari ini ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dan akan disambung semula esok.

Sepanjang operasi hari ini, pasukan pencarian dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kawasan pencarian meliputi radius tiga kilometer dari hulu dan hilir rumah panjang.

Selain itu, pihak polis turut menjalankan penerbangan dron dalam radius sama bermula dari rumah panjang hingga ke kawasan belakang penempatan tersebut.

Operasi SAR berkenaan melibatkan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta 25 penduduk kampung.

Tumbu Landa, yang juga orang kurang upaya (OKU), dilaporkan hilang dari rumahnya pada lewat petang 30 September lalu dengan lokasi terakhir dikesan berhampiran kebunnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE