BETONG, 24 September- Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Panjang Nanga Buai Padeh, di sini, sejak petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Rumai Jantin, 75 tahun.
Mangsa keluar dari rumah sekitar pukul 6.15 petang semalam, namun tidak pulang sehingga pagi tadi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan dengan penyertaan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong serta beberapa agensi lain.
Pasukan penyelamat menemukan pakaian mangsa kira-kira 500 meter dari pos kawalan bomba.
Operasi hari pertama ditangguhkan pada pukul 6 petang dan akan disambung semula pagi esok.