fb fb fb fb fb

Warga emas hilang cari sayur di hutan ditemukan meninggal

BAU, 7 Oktober - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari sayur di kawasan hutan di Jalan Jugan Buso, Bau pada petang semalam ditemukan meninggal dunia, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai James Tarang Tigong, 63, ditemui oleh ahli keluarganya pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 7.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata ketika ditemui keluarga mangsa sudah pun tidak sedarkan diri.

"Lokasi penemuan mangsa kira-kira 150 meter dari jalan besar dan mangsa telah disahkan telah meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.


(Anggota pasukan penyelamat membawa mangsa keluar dari hutan lokasi mangsa ditemui/FOTO Bomba)

Pasukan SAR dimaklumkan bahawa mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung.

Mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu