fb fb fb fb fb

Warga emas ditemukan mati dibunuh di Ipoh

(Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri)

IPOH, 16 Oktober - Seorang lelaki warga emas ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di Jalan Leong Sin Nam, Ipoh, Perak, kira-kira pukul 5.15 pagi tadi.

Mangsa berusia 68 tahun yang merupakan gelandangan dikatakan terlibat dengan pergaduhan bersama seorang lagi gelandangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri menerusi satu kenyataan berkata mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tepi tangga sebuah kedai dengan kecederaan di bahagian dagu dan kedua-dua tangan.


(Foto hiasan)

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek berhampiran Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh pada pukul 6.50 pagi.

Suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 22 Oktober depan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media Baharu