KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Usaha memperkasa peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat terus menjadi fokus.
Selaras itu, Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertujuan memperkasa peranan wanita terutama menerusi bidang keusahawanan.
Menurut Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Setiawangsa CARES, Datuk Seri Dr Izudin Ishak, program sekali gus dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan.
(Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Setiawangsa CARES, Datuk Seri Dr Izudin Ishak)
"Saya melihat program ini begitu besar impaknya sangat besar kerana saya lihat kumpulan sasaran begitu jelaslah dan gerak kerja yang dibuat oleh kemas begitu teratur kerana saya melihat dari segala aspek daripada segi sumber kewangan, melahirkan usahawan dan melahirkan tenaga pengajar," katanya pada Majlis Perasmian Penutupan WINS di ibu negara.
Antara pengisian program; Bual Bicara, Demonstrasi Kemahiran serta Pameran dan Jualan Hasil Produk Usahawan KEMAS.
Turut dianjurkan Festival Kesenian Islam Wilayah Persekutuan 2022.