fb fb fb fb fb

Warga asing berjaya ditangkap, cuba lolos pemeriksaan polis

PETALING JAYA, 4 April- Seorang lelaki warga asing yang cuba melarikan diri setelah ditahan anggota polis berjaya diberkas di kawasan Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila suspek berumur lingkungan 40-an itu didapati memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Superintenden Ku Mashariman dalam satu kenyataan berkata, anggota polis dari Unit Kereta Peronda IPD Petaling Jaya mengesan kenderaan dipandu suspek berdekatan Jalan Sungai Buloh menghala ke Subang di kawasan Kota Damansara.

"Semasa anggota polis hendak membuat dua pemeriksaan, suspek telah bertindak memecut kenderaannya dan cuba melanggar anggota bertugas menyebabkan anggota tersebut melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek sebelum dikejar unit kereta peronda tersebut," katanya.

 

"Hasil hebahan oleh pusat kawalan IPD Petaling Jaya, suspek berjaya ditahan di kawasan bandar Pinggiran Subang, Shah Alam dengan bantuan unit rondaan bermotosikal (URB) dan unit kereta peronda polis dari IPD Sungai Buloh."

Tambahnya, suspek berusia 40 tahun itu kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 kanun keseksaan kerana cubaan bunuh terhadap anggota polis, Seksyen 188kanun keseksaan kerana ingkar perintah anggota polis semasa ditahan untuk pemeriksaan, Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis, serta Seksyen 6(1)(c) akta imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan dan perjalanan diri yang sah.

Media Baharu