fb fb fb fb fb

Perdana Menteri doakan kesembuhan Agong dan Raja Permaisuri

KUALA LUMPUR, 4 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Baginda berdua.

"Patik dan seluruh Keluarga Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya.


(Sumber: Facebook Rasmi Perdana Menteri)

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kini menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis ini manakala Tunku Azizah hingga Jumaat.

Media Baharu