fb fb fb fb fb

JAWHAR terbit manual, beri kefahaman kepentingan wakaf

PUTRAJAYA, 4 Mac- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menerbitkan tiga manual baharu khusus membincangkan isu berkaitkan wakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan wakaf sebagai instrumen yang menyumbang kepada sosio ekonomi negara.

"Antara usaha yang sedang dilaksana JAWHAR pada tahun 2022 menerbitkan beberapa buku yang membincangkan secar khusus berkaitan dengan waqaf seperti yang pertama,

"Ia merupakan manual pengurusan agihan manfaat waqaf melibatkan kerjasama JAWHAR dengan Universiti Putra Malaysia dan MARA, perakaunan aset waqaf di Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, serta manual garis panduan dana waqaf Al-quran kerjasama JAKIM," katanya.

(Datuk Idris Ahmad berucap sempena Sambutan Bulan Waqaf Kebangsaan 2022)

Tambah Datuk Idris, penerbitan manual ini diharaf dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada umat Islam di negara ini akan kepentingan waqaf sebagi instrumen yang mampu menyumbang sosio ekonomi negara.

Beliau berucap pada Sambutan Bulan Waqaf Kebangsaan 2022 di ibu negara.

Media Baharu