fb fb fb fb fb

Wanita warga emas terjebak 'love scam', catat kerugian bernilai RM3.9 juta

GEORGE TOWN, 21 Mac- Wanita warga emas kerugian RM3.9 juta selepas terpedaya dengan sindiket 'Love Scam'.

Mangsa didapati berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi Instagram sebelum melanjutkan hubungan menerusi WhatsApp.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek yang mengakui sebagai warga Korea mendakwa bekerja di pelantar minyak dan turut berkongsi videonya ke tempat kerja bagi meyakinkan mangsa.

Transaksi pemindahan wang berlaku selepas suspek mendakwa menerima satu projek baharu serta memerlukan wang termasuk berjanji akan membayarnya semula apabila projek berjaya.

Mangsa kemudian melakukan 184 transaksi kepada suspek melibatkan 19 akaun bank sehingga mencecah RM3.9 juta.

"Dia kenal tak lama dalam tempoh 4 bulan, Disember tahun lepas dia mula berkenalan. Beliau dah 63 tahun, tidak lagi bekerja. Wang yang beliau ada adalah wang hasil simpanan mendiang suaminya," kata Mohd Shuhaily kepada pemberita RTM dalam satu sidang media.


(Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang media menjelaskan perkara itu)

Mangsa menyedari tertipu selepas melihat foto suspek yang mencurigakan di internet malah gagal menghubungi suspek kerana taliannya disekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media Baharu