fb fb fb fb fb

27 orang pengamal media jadi kumpulan rintis bagi perlindungan SKSPS - PERKESO

PENDANG, 21 Mac- 27 orang pengamal media sambilan di utara menjadi kumpulan perintis mendapat perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) selama setahun.

Pengamal media dari pelbagai organisasi itu mendapat caruman padanan percuma sebanyak 20 peratus yang ditanggung sepenuhnya oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim manakala baki 80 peratus insentif, adalah ditanggung kerajaan yang diberi kepada semua pencarum.

Menerusi inisiatif asal, pencarum hanya perlu membayar 20 peratus atau RM46.60 daripada keseluruhan caruman bernilai RM232.80 dan 80 peratus lagi atau RM186.20 akan ditanggung kerajaan membabitkan perlindungan selama setahun.

"Saya telah bersetuju untuk memberi perlindungan insurans PERKESO kepada semua wartawan kawasan utara dengan 80 peratus, kerajaaan beri satu tajaan perlindungan insurans 20 peratus lagi kepada para wartawan."

"Jadi wartawan tak payah keluar 20 peratus dalam perlindungan SKSPS yang mana ia beri perlindungan kepada mereka yang terdedah kepada risiko kemalangan," kata Awang Hashim kepada RTM.


(Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim bersama rakan media wilayah utara pada sebuah majis
di Hotel Raia, Alor Setar semalam/FBMENTERI)

Dalam pada itu di Program PERKESO bersama pengamal media utara di Alor Setar, Datuk Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata pengamal media dalam negara terutama wartawan sambilan disaran untuk mendaftar dan mencarum dengan PERKESO di bawah SKSPS.

Ia bagi membolehkan pencarum mendapat manfaat perlindungan antaranya faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan faedah hilang upaya kekal.

Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Romani Wan Salin serta Pengarah PERKESO Kedah, Mohamad Haron Othman.

Media Baharu