fb fb fb fb fb

JAS Perak siasat bau busuk di sekitar kawasan Simpang Pulai - MB Perak

IPOH, 21 Mac- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sedang menjalankan siasatan berhubung bau busuk dipercayai bahan kimia yang dikatakan berlaku di sekitar kawasan Simpang Pulai di Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata isu berkenaan telah dikemuka dalam mesyuarat EXCO baru-baru ini dan JAS Perak masih belum menghantar laporan penuh berhubung perkara tersebut.

"Kita dah dimaklumkan dalam mesyuarat EXCO oleh yang berhormat Ustaz Akma, perkara ini dalam pengetahuan dia dan telah pun dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar."

Maka, saya fikir mereka sedang menyiasat, kita tak pasti punca bau ini dan kalau kita biasa mengesan bau ini, siang dan malam dia berbeza. Jadi kita mungkin boleh kesan berdasarkan itu harapnya JAS dapat beri maklumat pada kita," kata Saarani kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 Pertubuhan Peladang Negeri Perak, di sini.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 Pertubuhan Peladang Negeri Perak)

Isu berkenaan didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing ketika membuat rondaan di sekitar Simpang Pulai, Taman Botani, Taman Muda dan Kampung Sengat, terdapat bau busuk jenis kimia yang memedihkan mata dan menyesakkan nafas.

Bau busuk berkenaan dilaporkan sangat kuat di sepanjang Jalan Lahat-Simpang Pulai.

Media Baharu