fb fb fb fb fb

Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia selepas empat hari dilaporkan hilang

Mayat wanita warga emas ditemukan meninggal dunia 400 meter daripada kediaman mangsa

SEGAMAT, 11 Ogos - Selepas empat hari dilaporkan hilang, wanita warga emas ditemukan meninggal dunia, di Jementah, di sini pukul 9:49 pagi tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan Dua, Ibrahim Zakariah berkata mayat wanita tersebut dijumpai orang awam pada pukul 10:35 pagi, di belakang rumah jiran, iaitu 400 meter daripada kediaman mangsa.

"Wanita tersebut merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan dipercayai nyanyuk. Mangsa dilaporkan hilang 7 Ogos lalu selepas keluar dari rumahnya, di Kampung Permatang Panjang," katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN