fb fb fb fb fb

Agong berangkat ke Makam Diraja sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 11 Ogos- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi baginda, berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE