fb fb fb fb fb

Wanita maut kereta terbalik

SUNGAI PETANI, 20 Mac - Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 61, Jalan Persekutuan Butterworth-Alor Setar berdekatan Bakar Arang di sini pada malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 47 tahun dari Kg Alor Jawi, Kota Kuala Muda mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, siasatan awal mendapati ketiga-tiga buah kenderaan bergerak dari Bakar Arang menghala ke pusat bandar Sg Petani.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motokar Jip cuba masuk ke lorong kanan, namun terlanggar bucu belakang kereta mangsa yang dipandu adiknya.

"Akibat kejadian tersebut, kereta mangsa berpusing lalu terbalik ke bahu jalan, dan motokar jip terbabas melanggar sebuah lagi kenderaan," katanya di sini.

Adzli berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abd Halim HSAH Sg Petani untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Media Baharu