fb fb fb fb fb

Wanita hilang, selepas kenderaan terlibat kemalangan

MERSING, 6 Mac- Seorang wanita dilaporkan hilang, selepas kenderaan dipandunya terbabas dan dibawa arus banjir, di Jalan Nitar Utama, Mersing, kira-kira 6.50 pagi tadi.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan melibatkan lokasi di Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar memaklumkan, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai memandu sebuah kereta jenis Perodua MyVi sebelum terbabas di tebing jalan semasa paras air kira-kira 1.2 meter.

Operasi itu melibatkan 11 anggota dari BBP Mersing dan BBP Endau dan dibantu satu Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua pacuan empat roda serta sebuah bot.

Sehingga petang tadi, belum ada tanda-tanda penemuan kenderaan serta mangsa.

Sejak minggu lalu, seramai 4 individu dilapor maut akibat banjir di Johor.

Mangsa melibatkan K Sarathkumar di Kluang pada 1 Mac manakala Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan Fatimah Anthony di Segamat, 2 Mac lalu.

(Operasi mencari dan menyelamat wanita yang dilaporkan hilang)

Media Baharu