JOHOR, 6 Mac- Penduduk terjejas banjir di Johor merekodkan penurunan setakat 4.00 petang.
Seramai 43,270 orang kini berlindung di 226 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 49,543 orang, tengah hari tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, bagaimanapun penduduk di Batu Pahat meningkat kepada 21,164 orang berbanding 21,020 orang.
Di segamat turun kepada 7,906 orang, Muar 4,105 orang, Kluang 3,515 dan Tangkak 3,303 orang.
Di Kota Tinggi juga turun kepada 1,847 orang manakala di Mersing 1,165 orang.
Pontian 174 orang dan Johor Bahru tinggal 38 orang.
Setakat ini, empat kematian dilaporkan di Johor akibat banjir.
(Keadaan banjir di Johor)