fb fb fb fb fb

Polis kesan empat individu kes penipuan pelaburan dalam talian

SEREMBAN, 6 Mac- Polis Negeri Sembilan sedang mengesan empat orang individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berkenaan 25 kes penipuan pelaburan tidak wujud di Facebook yang dilaporkan pada Februari tahun ini di seluruh negara.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi itu melibatkan kerugian sebanyak RM5.3 juta.

"Pihak Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah menerima dua laporan polis yang melibatkan dua orang mangsa yang mendakwa telah ditipu dalam pelaburan yang ditawarkan melalui Facebook mangsa.

"Kemudiannya mangsa telah dimasukkan ke dalam group whatsapp dan seterusnya ditawarkan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dua kertas siasatan berbeza telah dibuka di bawah seksyen 420," katanya dalam sidang media Siasatan Kes-Kes Jenayah Komersil Negeri Sembilan Tahun 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini.

Tambahnya kesemua suspek tersebut merupakan lelaki pelbagai bangsa yang berusia lingkungan 55 tahun hingga 27 tahun.

Beliau berharap agar orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan individu-individu ini agar menyalurkan maklumat terus kepada pegawai penyiasat atau terus ke mana-mana balai polis yang berdekatan.

(Ahmad Dzaffir Mohd Yussof)

Media Baharu