fb fb fb fb fb

2,833 kes jenayah komersial dilaporkan

SEREMBAN, 6 Mac- Sejumlah 2,833 kes jenayah komersial dilaporkan sepanjang tahun 2022 melibatkan kerugian sebanyak RM62.51 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 107 kes dengan pertambahan kerugian RM19.39 juta.

"Terdapat tiga jenis kes yang menunjukkan peningkatan iaitu bagi kes penipuan telekomunikasi sebanyak 318, kes penipuan pelaburan tidak wujud sebanyak 93, kes e financial fraud sebanyak 38.

"Dua kes menunjukkan peningkatan kerugian iaitu kes belian dalam talian atau pun e-dagang sebanyak RM1.55 juta dan kes tipu pelaburan sebanyak RM862,000," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Seremban.

Tambahnya bagi dua bulan pertama tahun ini seramai 232 orang telah ditangkap dan 196 orang telah pun dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah komersial.

(Ahmad Dzaffir Mohd Yussof)

Media Baharu