MUAR, 6 Mac - Bekalan elektrik dan air di seluruh Johor dan semua pusat pemindahan sementara(PPS) di negeri itu adalah mencukupi.
Sebanyak 46 loji bekalan air milik Syarikat Air Johor (SAJ) beroperasi dengan baik dengan 28 tangki air turut disediakan untuk melaksanakan penghantaran bekalan ke semua lokasi terlibat banjir.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata penduduk di PPS menghadapi masalah tekanan air rendah berikutan jumlah penduduk terjejas yang ramai di PPS, sekali gus meningkatkan penggunaan air.
"Semua PPS tiada gangguan bekalan air cuma mungkin tekanan air sedikit rendah dan pihak SAJ akan menghantar tangki untuk penggunaan lebih banyak di kawasan PPS. Semua PPS dapat bekalan mencukupi cuma beberapa PPS guna bantuan alat set generater ada, tiga lokasi guna set generater namun begitu penggunaan masih mencukupi," kata Mohamad Fazli di sini.
(Mohamad Fazli bercakap kepada pemberita selepas
Mesyuarat Task Force Banjir Negeri Johor,di sini)
Mengenai paip pecah di beberapa lokasi terjejas banjir, pihaknya akan menjalankan baik pulih melibatkan kerosakan paip dan pencawang elektrik yang musnah sebaik sahaja keadaan banjir surut.
Jumlah pencawang elektrik terjejas ketika banjir di negeri ini juga menurun daripada 74 kepada 44 telah beroperasi semula.