fb fb fb fb fb

Peruntukan RM2 juta naik taraf dua pasar awam Langkawi

LANGKAWI, 6 Mac- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha menaik taraf dua buah pasar awam di Pulau Langkawi melibatkan peruntukan RM2 juta .

Jumlah itu turut merangkumi projek baik pulih termasuk pencahayaan, pemasangan kipas siling selain landskap di tiga buah medan selera yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata ia disalurkan kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktoberdepan.

"Semua akan mengalami naik taraf dan kerjanya akan bermula dan jika boleh, Insya-Allah siap menjelang akhir tahun ini.

"Tidak boleh tunggu, kita kena cepat jika boleh siaplah sebelum bajet bulan Oktober supaya kita dapat memantau dan pastikan kerja-kerja pelaksanaannya dapat dijalankan dengan teratur dan pantas," katanya selepas sesi walkabout di Pasar Awam Kuah dan Pasar Awam Padang Matsirat di Langkawi.

Projek itu kelak bakal memanfaatkan lebih 100 peniaga pasar awam dan pengusaha kedai makan di lima lokasi terpilih.

(Nga Kor Ming)

Media Baharu