fb fb fb fb fb

130 kejadian bencana dikesan di tiga negeri -JKR

(FOTO FB JKR)

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.

JKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan 98 daripadanya adalah bencana banjir, cerun runtuh (21), jalan mendap (enam), jalan runtuh (empat) dan satu jambatan runtuh ataupun rosak.

“Sebanyak 94 kejadian bencana berlaku di Johor, Pahang (29) dan Negeri Sembilan (tujuh),” menurut kenyataan itu.

(FOTO FB JKR)

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada tengah hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

Ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Tanjung Manis, Daro dan Matu. -BERNAMA

Media Baharu