fb fb fb fb fb

Isu kualiti dan bekalan makanan di PPS, selesai

BATU PAHAT, 6 Mac - Isu kualiti dan bekalan makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor selesai.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata bekalan bahan basah yang terhad antara punca timbulnya isu tersebut.

Susulan itu, pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada katering terbabit dan mereka mengakui sukar mendapatkan bekalan bahan basah sehingga menjejaskan kualiti makanan yang disediakan.

Katanya bahan basah itu disediakan pihak penyedia makanan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya menyediakan makanan-makanan kering atau sedia dimakan.

Bagaimanapun, amaran telah diberikan kepada katering untuk lebih peka dengan kualiti makanan.

"Keadaan sekarang kita lihat katering itu mengaku ada kekurangan dariapada segi makanannya, beliau (katering) susah untuk dapatkan bahan-bahan nya, terpaksa pergi jauh jadi sebab itu kami bukan hendak sebelahi katering, cuma bersimpati dengan mangsa banjir, sudahlah tidak boleh masak sendiri dan makanan terhad," kata Nancy di sini mengulas berhubung tular di media sosial sebuah video berhubung seorang Ahli Parlimen yang kecewa dengan kualiti makanan dan waktu pengagihan makanan kepada mangsa banjir di Yong Peng, di sini.

(Nancy ketika ditemui pemberita)

Beliau menambah pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mangsa banjir di PPS mahu melakukan gotong-royong dalam penyediaan makanan kerana kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dalam pengurusan di PPS.

Beliau berkata setakat ini, seramai 415 kakitangan JKM dari beberapa negeri dan 600 sukarelawan membantu dalam menguruskan PPS dan mangsa banjir.

Semalam, tular di media sosial sebuah video berhubung seorang Ahli Parlimen yang kecewa dengan kualiti makanan dan waktu pengagihan makanan kepada mangsa banjir di Yong Peng, di sini.

Media Baharu