fb fb fb fb fb

Wanita berpakaian ihram lelaki akan dikenakan tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menerusi catatan di Facebook hari ini berkata pihaknya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri bagi memohon supaya siasatan lanjut dilakukan setibanya individu berkenaan ke Malaysia.

"Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum-hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan," katanya di sini.

(FOTO HIASAN)

Idris turut memaklumkan beliau juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengambil tindakan tegas kepada agensi yang menguruskan individu terlibat sekiranya perkara berkenaan didapati benar.

Di platform Twitter hari ini, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Media Baharu