fb fb fb fb fb

PTPK, berfungsi memastikan tiada pelajar tercicir memasuki program TVET- Saravanan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) memainkan peranan penting untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET melalui pengurusan dana yang cekap.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata usaha PTPK itu penting bagi mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.

Katanya, PTPK juga harus mengenal pasti program yang mempunyai peluang yang lebih cerah bagi menggalakkan penyertaan pelajar.

“Dalam pada itu, saya cadangkan juga kepada PTPK agar mengambil kira perubahan yang sedang dan akan berlaku, oleh kerana IR 4.0 akan bawa banyak perubahan maka PTPK perlu mengenal pasti program yang ada peluang lebih cerah, bagi mengatasi masalah ketidaksepadanan kerja dengan kelulusan yang dimiliki,” kata Saravanan kepada pemberita selepas melancarkan Pinjaman Patuh Syariah (PLK-i) dan Portal My Perkasa TVET di Ibu negara.

Jelasnya, PLK-i tidak akan mengenakan bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baharu pinjaman latihan selain penukaran akaun pinjaman konvensional kepada PLK-i.

PTPK adalah agensi di bawah KSM yang menguruskan dana Pinjaman Latihan Kemahiran yang berterusan, kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran.


(Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan)

Media Baharu