fb fb fb fb fb

Waktu perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi pada 1 Oktober

KUALA LUMPUR, 28 September- Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatannya sehingga pukul 1.00 pagi pada 1 Oktober ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil bagi meyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.

Dalam kenyataan hari ini Rapid KL memaklumkan stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

“Pengguna diminta menggunakan kad Touch N’ Go untuk kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu.

(Foto fail)

Orang ramai boleh mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL untuk maklumat lanjut.

Media Baharu