fb fb fb fb fb

Sekolah menegak di Residensi Aman MADANI, tampung keperluan pendidikan setempat

PM ketika mengadakan pertemuan bersama pemaju, kementerian dan agensi berkaitan - Facebook Anwar Ibrahim

 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan pembinaan sekolah menegak di perumahan Residensi Aman MADANI yang dilancarkan baru-baru ini, bagi menampung keperluan pendidikan pelajar setempat.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata cadangan itu dibangkitkan ketika mempengerusikan perbincangan bersama pemaju, kementerian dan agensi berkaitan susulan perasmian projek berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baharu selari dengan pertambahan penduduk.

"Justeru saya telah mencadangkan agar wujudnya sekolah menegak dalam kawasan pembangunan atau pembinaan sekolah berhadapan residensi yang disambung jejantas, " katanya.

Sekolah berkenaan terbuka kepada semua penduduk setempat selain kemudahan mengikut kerangka MADANI termasuk tadika, surau, klinik, dan pusat keselamatan yang akan dibina kelak.

"Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat," menurut beliau lagi.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN