fb fb fb fb fb

Melaka rekod 1,568 kes penipuan dalam talian

Datuk Fairul Nizam Roslan

ALOR GAJAH, 11 Ogos - Kes melibatkan penipuan dalam talian atau scammer di Melaka merekodkan 1,568 kes setakat semakan melibatkan kerugian RM51.9 juta.
 
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, meskipun angka tersebut menunjukkan peningkatan namun masyarakat diminta untuk terus berhati-hati.

"Tetapi kebanyakkannya terpedaya, setiap hari ada kes penipuan pembelian secara dalam talian berkaitan pembelian telefon bimbit, barang kemas.

"Kebanyakan kes pembelian begitu mereka berurusan menerusi media sosial sedia ada. Jadi saya menyeru kepada masyarakat untuk lebih berhati-hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada perasmian Kempen Internet Selamat (KIS) sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia di sini.

Pada program berkenaan 30 guru dan pelajar mewakili 15 buah sekolah rendah sekitar daerah Alor Gajah dilantik sebagai Ikon K-DAT.
 
Mereka berperanan menyampaikan maklumat berkaitan penggunaan teknologi dan internet yang selamat dan beretika.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI