fb fb fb fb fb

Wajar bangunkan sistem amaran awal tanah runtuh di lokasi peranginan tanah tinggi - Pakar

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Terdapat keperluan untuk membangunkan sistem amaran awal tanah runtuh di lokasi peranginan.

Pensyarah Jabatan Geologi, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Ahmad Farid Abu Bakar berpandangan langkah itu dilihat proaktif sebagai persediaan kepada pengusaha pusat pelancongan dan pengunjung untuk mengambil langkah menyelamatkan diri sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

(Pensyarah Jabatan Geologi, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), Profesor Madya
Dr Ahmad Farid Abu Bakar)

"Untuk mengelakkan permasalahan ini berlaku, kita perlukan penglibatan antara orang awam dan pihak berwajib. Orang awam juga perlu peka dan bersiap siaga di kawasan itu.

"Contohnya kawasan itu berdekatan dengan cerun yang nampak tidak berapa selamat...dia ada petunjuk sebenarnya sebelum berlaku kegagalan tersebut...pokok sudah condong, jalan sudah pecah-pecah itu mungkin salah satu amarannya dan mungkin kita perlukan sistem amaran awal. Sistem amaran awal memang perlu untuk mengelakkan benda ini berlaku," katanya.

Profesor Madya Dr Ahmad Farid berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambah Dr. Ahmad Farid, pengusaha wajar merujuk pakar geologi dan jurutera bagi mendapatkan pandangan mengenai kesesuaian lokasi yang dipilih untuk dibangunkan agar aspek keselamatan terus diberi keutamaan.

Media Baharu