fb fb fb fb fb

Banjir di Sarawak berkurangan, tiga keluarga berlindung di satu PPS

KUCHING, 18 Disember - Seramai 10 penduduk terjejas banjir daripada tiga keluarga di Kampung Melayu Balai Ringin, Serian masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan jumlah tersebut menurun berbanding semalam setelah satu keluarga dibenarkan pulang.

Sementara itu, seramai 35 kekuatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak telah dikerah memantau keadaan di 32 lokasi di beberapa bahagian termasuk Samarahan, Kapit dan Sri Aman.

Media Baharu