fb fb fb fb fb

Pahang kembali dilanda banjir, 1 PPS dibuka di Raub

(FOTO RTM)

RAUB, 18 Disember- Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kembali dibuka di daerah Raub,
Pahang.

Kesemua penduduk terjejas kini ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Pia, sejak awal pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub, pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Kampung Kuala Gali, Sungai Kerap Dong, pada pukul 1.30 pagi tadi.

(Banjir di Raub / FOTO RTM)

Susulan itu, operasi pemindahan 36 penduduk daripada 12 keluarga, mula digerakkan.

Bantuan permulaan berupa kit makanan dan barangan keperluan juga telah diagih kepada penduduk terlibat.

Sumbangan disampaikan Pegawai Daerah dan Tanah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail dan Ahli Dewan Negeri Dong, Fadzli Mohamad Kamal.

Media Baharu