fb fb fb fb fb

KPKT perlu kerjasama baik kerajaan negeri bagi kenal pasti dan tangani isu perumahan

JOHOR BAHRU, 18 Disember-Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu ada kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri bagi mengenalpasti dan menangani isu perumahan.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, isu projek sakit misalnya, akan menjadi tumpuan KPKT.

Jelasnya, sebelum ini, Menteri Nga Kor Ming sudah menyatakan untuk mengambil inisiatif merangka semula dasar perumahan negara.

(Timbalan Menteri Pembangunan Dan Kerajaan tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

"Seperti mana yang kita tahu, sungguhpun KPKT ini merangkumi pembangunan Kerajaan Tempatan, kita kena sedar hubungan antara kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan itu perlu mempunyai hubungan baik dan juga perbincangan rapat", katanya demikian epada pemberita selepas bertemu penduduk di Taman
Kim Teng Park, Johor Bahru.

Tambahnya, pertemuan dengan Jabatan Perumahan Negara akan dibuat minggu depan bagi meneliti secara terperinci isu perumahan.

Media Baharu