fb fb fb fb fb

KPWKM, KPM dan KKM bakal adakan mesyuarat khas bincang isu moraliti dan kesihatan umat Islam

(FOTO RTM)



BUKIT PALAH, 18 Disember-Satu Mesyuarat khas akan diadakan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa isu berkaitan moraliti dan kesihatan khususnya membabitkan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, ia termasuk berkaitan rawatan bagi jangkitan HIV dan AIDS.

Isu tersebut memerlukan perbincangan teliti demi kemaslahatan umat Islam di negara ini.

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Na’im Mokhtar
/ FOTO RTM)

"Saya rasa yang ini kita akan ada pertemuan,saya sudah berbincang dengan Datuk seri nancy, Menteri wanita, Menteri Kesihatan, Pendidikan. Jadi saya rasa bila melibatkan isu sebegini, mesyuarat bersama sangat penting. Saya akan berikan kupasan dan hasil daripada perbincangan itu. Kita akan tengok keseluruhannya nanti", katanya kepada media selepas melepaskan Konvoi Amal Promosi Baitulmal disini.

Sebanyak 25 kenderaan bergerak ke Kampung Batu Gajah, Jalan Merlimau Pasir bagi penyampaian sebuah rumah kepada keluarga asnaf di bawah program My Haus bernilai RM35,000 hasil peruntukan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Media Baharu