fb fb fb fb fb

Tragedi tanah runtuh: Tiga individu termasuk pengusaha tampil beri keterangan

(Pandangan dari atas keadaan tanah runtuh di
Jalan Batang Kali-Genting Highland pada Jumaat lalu/FOTO BERNAMA)

BATANG KALI, 18 Disember - Tiga individu termasuk pengusaha tapak perkhemahan Father's Organic Farm dipanggil memberi keterangan berhubung insiden runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.

Mereka ialah lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah dalam satu sidang akhbar di sini.

"Pihak polis akan melakukan siasatan yang sewajarnya dan tindakan lanjut akan di ambil," katanya.

(Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa dua mayat yang
ditemukan pada hari kedua di lokasi kejadian tanah runtuh 
di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya semalam/FOTO BERNAMA)

Menurut Suffian ada kemungkinan beberapa individu lagi akan dipanggil bagi membantu siasatan kes.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tapak perkhemahan tersebut diusahakan tanpa lesen kebenaran beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Kejadian tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lalu telah mengorbankan 24 nyawa.

Runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tiga tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di sini.


Media Baharu