fb fb fb fb fb

WAIfm anjur program CSR ‘Kami Ibuh’ bersama Ahli Parlimen Lubok Antu

FOTO RTM

LUBOK ANTU, 20 April- Sempena sambutan Hari RTM ke-79, WAIfm meneruskan komitmen kepada masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan ‘Kami Ibuh’ yang diadakan di Rumah Tenggom@Salleh, Ensawang, Lubok Antu, Sri Aman.

Program tersebut merupakan usaha sama antara WAIfm dan Ahli Parlimen Lubok Antu,Roy Angau Gingkoi.

Rombongan WAIfm diketuai oleh penyampai WAIfm Iban, Melatie Badie yang juga bertindak selaku penerbit program.

Sebanyak 10 bakul makanan kering telah diserahkan kepada penerima terpilih dari rumah panjang tersebut, sebagai salah satu bentuk sumbangan kepada komuniti setempat.

Dalam ucapannya, Roy mengumumkan peruntukan berjumlah lebih RM140,000 untuk disalurkan kepada 14 rumah panjang di kawasan Lubok Antu. Selain itu, sebanyak RM143,000 lagi diperuntukkan bagi pembelian kerusi sofa dan pelaksanaan projek solar di Rumah Tenggom@Salleh.

Turut diadakan, rakaman program khas WAIfm bertajuk ‘34 Sera Nyawa: Nemban Ba Adan’ serta segmen ‘Radio Bisnes’ bersama penyampai dari WAIfm Sri Aman.

Tiga usahawan wanita tempatan yang aktif dalam perniagaan coklat dan penternakan ikan tilapia turut dijemput sebagai tetamu program iaitu Regina Lambor, Lily Jantan dan Lidang Panting.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE