fb fb fb fb fb

VSN2030 perancangan baharu pembangunan sukan negara - PM

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Visi Sukan Negara (VSN2030) akan menjadi hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara yang dipetakan secara komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun.

Perdana Menteri berkata ia memberi nafas baharu bagi arena sukan negara dengan konsep 'Daripada Komuniti Kepada Komuniti' melibatkan seluruh Keluarga Malaysia bagi merencana strategi sukan negara untuk 10 tahun ke hadapan.


(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa berucap pada majlis perasmian Hari Sukan Negara 2022 di sini)

"Ia juga meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan yang ampuh dalam masyarakat serta melahirkan jaguh-Jaguh berkelas dunia dan akan menjadi dokumen rasmi kerajaan dalam pembangunan sukan tanah air," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya.

VSN2030 merupakan dokumen dasar yang berkonsepkan pendemokrasian sukan dengan keterbukaan untuk menerima pandangan dan suara semua pihak.

Dokumen tersebut akan diteliti dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dalam memacu industri sukan Malaysia untuk terus gemilang sehingga tahun 2030.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan Visi Sukan Negara 2030.

Media Baharu