fb fb fb fb fb

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok

Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu / Foto REUTERS

PUTRAJAYA, 30 April-Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok hingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ini merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada 4 April 2021.

Beliau akan diiringi oleh beberapa pegawai kanan Kabinet Presiden Kosovo.

Sepanjang lawatan tersebut, Dr. Osmani akan diraikan dalam satu Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, sebelum mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan serta kesalinghubungan antara rakyat.

Selain itu, mereka turut dijangka bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD