fb fb fb fb fb

2,500 jemaah sertai Qiamullail Perdana, tingkatkan kerohanian ummah

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Hampir 2,500 umat Islam menyertai Qiamullail Perdana Agensi Islam siri ketiga di Masjid Putra, Putrajaya awal pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menzahirkan rasa gembira apabila program tersebut turut mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

Menurutnya, ibadah Qiamullail usaha terbaik dalam membina individu muslim yang hebat, masyarakat bersatu padu dan negara sejahtera.

"Alhamdulillah, kehadiran yang baik dalam kalangan masyarakat sekeliling. Tujuannya adalah nak mengimarahkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara. Kita harap dapat beri kesedaran pada masyarakat pentingnya pembinaan rohani dalam kehidupan diri kita dan saya harap boleh diteruskan dirumah masing-masing atau setiap malam untuk lakukan program pembinaan diri dan pembersihan jiwa," kata Idris kepada RTM ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Program tersebut dijayakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TVAlhijrah dan Masjid Putra Putrajaya.

Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.


(Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ditemui pada majlis berkenaan di Putrajaya)

 

Media Baharu