fb fb fb fb fb

Amaran waspada kepada rakyat Malaysia di Flores - Wisma Putra

Gambar pandangan udara ini diambil pada 9 November 2024 dan dikeluarkan pada 10 November 2024 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara menunjukkan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki/AFP

KUALA LUMPUR, 12 November- Rakyat Malaysia yang berada di atau melawat Indonesia dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini berhubung letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan itu berada dalam keadaan selamat, sambil menambah bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan maklumat terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian menerusi E-Konsular bagi memastikan mereka menerima sokongan dan kemas kini tepat pada masanya.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau menerusi e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Setakat ini, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 10 kematian akibat letusan itu.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA