fb fb fb fb fb

KBS diarahkan tingkat usaha pembudayaan dan pencapaian sukan - PM

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berusaha meningkatkan lagi pembudayaan dan pencapaian sukan melalui empat usaha proaktif.

Antaranya adalah dengan menawarkan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran kepada atlet yang cemerlang dan berjaya memenangi pingat bermula dari peringkat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh kerajaan.


(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa perasmian VSN2030 bersama Menteri Belia dan SukanĀ 
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali di Putrajaya)

"Bekas atlet yang berkemahiran pula dipertimbangkan sebagai Jurulatih Pendidikan Jasmani dan dilibatkan dalam inisiatif pencarian bakat sukan di peringkat akar umbi melalui program My Talent Identification (MyTID)," katanya.

Ia turut melibatkan menaik taraf fasiliti sukan bagi meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan.

Tambah beliau, semakan dan pewartaan semula Jadual Pertama di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, iaitu jenis sukan yang tersenarai akan ditingkatkan dan sukan elektronik juga akan turut disenaraikan.

Media Baharu