fb fb fb fb fb

Visi Pulau Pinang 2030 terima peruntukan Persekutuan RM211 juta

(Chow ketika ditemu bual dalam program Bicara Naratif Khas di RTM)

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kerajaan Persekutuan komited membantu Pulau Pinang dangan memberikan peruntukan bagi melancarkan Visi Pulau Pinang 2030

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata RM211.4 juta diperuntukkan kepada Pulau Pinang menerusi ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’ untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR), projek penyelenggaraan dan naik taraf.

"Fokus utama perumahan rakyat, perumahan mampu milik menjadi sasaran kita dan kita dapat menetapkan sasaran 220,000 unit rumah mampu milik pelbagai katagori.

"Pemeliharaan rumah awam, banyak rumah awam kita memerlukan penyelenggaraan atau menaik taraf," kata Chow dalam program Bicara Naratif Khas di RTM

Beliau juga berkata kerajaan Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam teknologi penghasilan air bersih menggunakan air laut

"Negeri Pulau Pinang adalah contoh sebuah negeri yang tidak ada sistem sungai yang dapat membekalkan air mencukupi untuk dirawat. Pulau Pinang hanya mempunyai satu sumber air mentah utama iaitu Sungai Muda," katanya.

(Chow berkata visi Pulau Pinang 2030 terima peruntukan Persekutuan RM211 juta)

 

Media Baharu