fb fb fb fb fb

Kemerdekaan perayaan yang menyatupadukan rakyat

PADANG BESAR, 19 Julai- Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Sanglang, Kedah ke Padang Besar, Perlis tidak mematahkan semangat peserta konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG) 2023.

Laluan konvoi melibatkan tujuh tempat persinggahan termasuk Masjid Bukit Keteri, Berseri, Wat Siam Kampung Kubang Tiga ,Padang Besar dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara.

Turut menyertai konvoi itu ialah Ahli Dewan Undang (DUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Ketika ditemui media di persinggahan terakhir beliau berkata semangat kemerdekaan perlu melangkaui segalanya. Biarpun arus kemodenan berubah mengikut peredaran semasa, namun semangat patriotik harus tersemat sepanjang zaman.

"Lebih lagi anak-anak untuk mereka sayangi Malaysia cintakan negara. Ini unsur yang lebih penting, lebih-lebih lagi Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum. Kita mengamalkan cara kehidupan budaya berbeza.

"Kemerdekaan adalah perayaan yang menyatupadukan. Saya harap program ini sentiasa diadakan di peringkat negeri ataupun nasional," katanya.

(Gan Ay Ling berkata kemerdekaan perayaan yang menyatupadukan rakyat)

Media Baharu