fb fb fb fb fb

Tiada pendakwaan terpilih, bermotif politik

(Tan Sri Idrus berkata keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana- mana
individu adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan)

PUTRAJAYA, 19 Julai- Jabatan Peguam Negara (JPN) menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap individu yang melakukan kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun satu dalam kenyataan memaklumkan, keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

Bukannya atas desakan mana-mana pihak atau faktor lain.

"Segala keputusan yang dibuat okeh JPN adalah berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti.

"Ini bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya, selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan bawah mana-mana peruntukan undang-undang, maka individu itu akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang, tanpa mengira status dan latar belakang," menurut kenyataan itu.

(Bangunan Jabatan Peguam Negara)

Media Baharu