fb fb fb fb fb

Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang penghujung tahun ini

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka dimulakan pada penghujung tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pakar runding telah dilantik bagi merangka pelan induk pengangkutan.

"Kita bersyukur setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri pengangkutan mengambil maklum syor yang dibuat kerajaan negeri Pulau Pinang. Akhirnya mereka buat keputusan untuk mengambil alih tanggungjawab ini daripada pihak kerajaan negeri dan mengarahkan supaya projek LRT ini dibiayai oleh kerajaan Persekutuan.

"Inisiatif projek pengangkutan LRT Pulau Pinang merupakan khabar gembira kepada penduduk Pulau Pinang memandangkan negeri itu juga mengalami kesesakan lalu lintas," kata beliau dalam program Bicara Naratif Khas di RTM.

Menyentuh mengenai Tapak A seluas 283 hektar yang dijangka mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan Chow berkata projek itu akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini

Menurut beliau penambakan laut secara besar-besaran di Pulau Pinang, akhirnya mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

"Penilaian impak sosial yang dijalankan antara penduduk tempatan mendapati 70% penduduk termasuk nelayan, menyokong pembangunan tersebut," tambahnya.

Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) melibatkan pembangunan tiga pulau buatan, dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.

(Chow berkata fasa pertama projek LRT Pulau Pinang penghujung tahun ini)

Media Baharu