fb fb fb fb fb

Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 25 September- Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu inti pati perbahasan para senator lebih berkualiti dan tidak dipengaruhi keadaan politik semasa.

Jelas Wan Junaidi, ini penting agar setiap perkara yang dibahas lebih konstruktif dan mencakupi pelbagai isu.

"Seramai 44 Ahli Yang Berhormat Dewan Negara ini telah meluaskan lagi skop perbahasan oleh Ahli Parlimen Dewan Rakyat dalam pelbagai isu berkaitan ekonomi negara dan kos sara hidup serta kualiti kehidupan rakyat Malaysia seperti isu perumahan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain lagi secara konstruktif dan mendapat liputan media yang baik.

"Perbahasan Ahli Yang Berhormat Dewan Negara seharusnya lebih berkualiti dan tidak dipengaruhi oleh keadaan politik semasa," kata Wan Junaidi dalam ucapannya ketika mengalu-alukan pelantikan semula Senator, Datuk Seri S Vell Paari sebagai Ahli Dewan Negara dalam Majlis Mengangkat Sumpah di Dewan Negara di sini.

Pelantikan semula Vell Paari berkuat kuasa 2 September lepas sehingga 1 September 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau dilantik sebagai Senator buat kali pertama pada 2 September 2020.


(Pelantikan semula Vell Paari berkuat kuasa 2 September lepas sehingga 1 September
2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.)

Media Baharu